Selangor State Govvernment is offering free health screenings for Selangor residents. Register for Selangor Saring poster via Selangkah App

SELANGOR SARING ialah sebuah program saringan kesihatan yang dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih dalam kalangan warga Selangor.

Daftar melalui SELANGKAH APP dengan menekan butang Selangor Saring.

Tonton Tutorial Cara Mendaftar Di Sini: Youtube Playlist

Tutorial Pendaftaran Selangor Saring Melalui Aplikasi Selangkah
Tutorial Pendaftaran Selangor Saring Melalui Laman Web selangorsaring.selangkah.my
Tutorial Cara Menyemak Keputusan Selangor Saring di Aplikasi Selangkah

Pengesahan Identiti Anda Gagal?

Anda boleh cuba salah satu kaedah penyelesaian:
1. Cuba semula 
2. Teruskan tanpa pengesahan (jalani pengesahan secara manual pada hari saringan)
3. Daftar melalui laman web rasmi Selangor Saring (selangorsaring.selangkah.my) 


Peringatan Penting!

  1. SLOT ADALAH TERHAD! Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran mereka.
  2. Jika proses pengesahan identiti anda gagal, anda boleh menjalani pengesahan secara manual dengan membawa MyKad ke kaunter pendaftaran pada hari saringan.
  3. Ambil ‘screenshot’ kod bar yang diberi siap-siap sebelum hadir ke lokasi program.
  4. Pengguna Android diminta mengemaskini aplikasi Selangkah mereka di Google Play Store demi pengalaman pengguna dan perkhidmatan yang lebih lancar.

Kumpulan Sasaran

Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan. 


Jadual Tarikh & Lokasi

TARIKHDUNTEMPAT
22 MeiIjokSJK (C) Yuk Chih, Bestari Jaya
28 MeiSabak & Sungai Air TawarGrand Sabak Hotel, Sabak Bernam
28 MeiSungai PanjangDewan Simpang 5, Sungai Besar
4 JunHulu BernamDewan Kelab Ko Chow, Jalan Besar, Hulu Bernam
5 JunSekinchanSRKJC Yoke Kuan
11 JunLembah Jaya & Bukit AntarabangsaDewan MPAJ Lembah Jaya Bukit Belacan
12 JunSijangkangDewan Wawasan Kg Medan
12 JunSg Burong & PermatangDewan Orang Ramai Kg Seri Tiram Jaya
18 JunDengkilDewan Orang Ramai Taman Gemilang
18 JunSungai RamalDewan Komuniti Seksyen 4 (DKS4) Bandar Baru Bangi
19 JunSungai PelekGelangang Bola Keranjang Bersebelahan SJKC Tche Min
19 JunTeratai & Pandan IndahPadang Taman KOSAS
25 JunMoribDataran Pantai Morib
26 JunDusun TuaDewan Komuniti Kg Batu 9, Cheras
26 JunSemenyihDewan Komuniti Taman Pelangi, Semenyih
2 JulaiBukit Malawati & JeramStadium Utama Kuala Selangor
3 JulaiBalakongGelanggang Bola Keranjang Batu 11, Cheras
3 JulaiBantingDewan Sri Jugra
16 JulaiP. Klang & PandamaranDewan Kompleks Sukan Pandamaran
16 JulaiBatang Kali
17 JulaiTaman Templer
17 JulaiHulu KelangDewan MPAJ AU2, Taman Seri Keramat
23 JulaiKampung Tunku & Bukit GasingLaman MBPJ Boulevard, Petaling Jaya
24 JulaiMeru & Sementa
24 JulaiSelat Klang
31 JulaiSg Tua & Gombak SetiaPadang Awam Batu Caves
6 OgosSentosaDewan Serbaguna Sentosa
6 OgosKota Kemuning
7 OgosSungai Kandis
7 OgosBandar Baru KlangKlang Parade Shopping Mall
13 OgosPaya Jaras
13 OgosKota Damansara
14 OgosKota Anggerik
14 OgosBatu Tiga
20 OgosBukit Lanjan
20 OgosBandar Utama
21 OgosKuang
21 OgosRawang
27 OgosTaman Medan
27 OgosSeri SetiaDewan Serbaguna MBPJ PJS 6/1 Kg Lindungan
28 OgosKinrara
28 OgosSubang Jaya
3 SeptSeri Kembangan
3 SeptKuala Kubu Bharu
4 SeptKajang
4 SeptTanjung Sepat
10 SeptSeri Serdang
NOTA:
Lokasi untuk sesetengah acara masih sedang dipertimbangkan oleh pihak penganjur. Jadual ini akan dikemaskini dari masa ke masa.
Tarikh akhir kemaskini: 23 Jun 2022.
⭕: Akan Diumumkan Kelak

Jenis Saringan Yang Ditawarkan

Ujian Fizikal
Ujian Darah
Ujian Air Kencing
Saringan Mata
Swab Servik
Ujian iFOBT
Kanser Payudara

Penyakit Yang Disaring

Kategori A: Penyakit tidak berjangkit
1. Jantung
2. Darah tinggi
3. Kencing manis
4. Buah pinggang

Kategori B: Kanser
1. Kolorektal
2. Prostat
3. Serviks
4. Payudara

Kategori C: Mata
1. Rabun
2. Glaucoma
3. Retina

Ada pertanyaan?

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program boleh diajukan ke:

♦️ Talian Hotline Selcare: 1-800-22-6600
♦️ Talian Khidmat Teknikal Pelanggan Selangkah: Telegram
♦️ Talian Hotline SUKA: SUKA


Soalan Lazim

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon program SELANGOR SARING?
Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi SELANGKAH sahaja.

Q: Mengapa program SELANGOR SARING diwujudkan?
A: Program SELANGOR SARING diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor.

Q: Bagaimana pemohon yang sudah memohon hendak mengetahui status permohonan SELANGOR SARING?
Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan semasa pendaftaran.

Q: Program SELANGOR SARING percuma atau berbayar?
Program SELANGOR SARING adalah percuma mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Q: Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Setiap orang hendaklah mendaftar di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING. Kupon akan  diberikan di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Berapakah kupon SELANGOR SARING yang akan diberikan bagi setiap kawasan?
Jumlah kupon SELANGOR SARING yang diberikan bergantung kepada kawasan yang dipilih bermula dari 500 kupon sehingga 1000 kupon setiap kawasan.

Q: Mengapa saya perlu menjawab soalan penilaian risiko semasa mendaftar untuk mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Untuk menentukan pemohon layak mendapat jenis saringan pada program SELANGOR SARING. Setiap pemohon akan mendapat kupon saringan yang tersendiri mengikut penilaian risiko yang dijawab.

Q: Bagaimana peserta ingin mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING?
Peserta oleh mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING.

Q: Bilakah keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia?
Keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia selepas 5 hingga 7 hari selepas tamat program SELANGOR SARING.

Q: Dokumen apakah yang perlu peserta bawa semasa hari program SELANGOR SARING?
Peserta perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan dan juga rekod kupon SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Adakah program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja?
Program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja.

Q: Bolehkah peserta pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang berbeza daripada yang didaftarkan?
Peserta hanya dibenarkan pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang didaftarkan sahaja. Mereka tidak sama sekali dibenarkan pergi ke tempat yang berlainan dari yang didaftarkan. Jika mereka ingin menukar ke tarikh atau lokasi yang lain, mereka boleh tekan pautan “Tukar Sesi/Tarikh Program” di halaman yang sama.

Q: Mengapa saya tidak boleh pilih lokasi program yang berdekatan dengan kediaman saya?
DUN pilihan anda tidak menyediakan saringan yang anda layak jalani. Sistem kami hanya akan menyenaraikan lokasi DUN yang menyediakan saringan tersebut.

Q: Siapakah yang layak untuk menyertai program SELANGOR SARING?
Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Q: Adakah saya akan menjalani kesemua ujian saringan bagi penyakit yang dinyatakan?
Kelayakan individu menjalani ujian saringan bagi penyakit dinyatakan adalah ditentukan berdasarkan penilaian faktor risiko melalui borang saringan awal yang telah diisi oleh pengguna. Sekiranya anda dinilai mempunyai faktor risiko bagi penyakit dinyatakan, anda akan menerima tawaran ujian saringan bagi penyakit tersebut.