PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggariskan strategi antarabangsa terhadap pandemik Covid-19 termasuklah Find (F), Test (T), Track (T), Isolate (I) and Support (S) and Vaccination (V).

Menyokong langkah kawalan pandemik oleh WHO, kerajaan negeri Selangor telah melancarkan pelbagai program melalui platform digital Selangkah.

 

FIND (F): 

ACURA merapatkan jurang dengan memperbaiki sistem pengawasan dan penggunaan data dari hasil kiraan algoritma Machine Learning dan penentu sosial dimana ini akan memudahkan pengguna mengambil langkah yang sepatutnya, serta mempertingkatkan usaha pencegahan yang lebih baik. ACURA merupakan satu ekosistem yang kukuh, menggunakan data real-time, serta mempunyai pelbagai platform yang disatukan oleh satu pangkalan data bagi menghasilkan aplikasi laman sesawang dan telefon mudah alih.

 

TEST (T):

Selangkah Screening menggunakan teknologi Artificial Intelligent (AI) dan kumpulan data kesihatan bagi mengagak hotspot Covid-19 di sekitar negeri Selangor sebelum ia merebak menjadi kluster.  Kemudian, kerajaan negeri Selangor akan melakukan saringan komuniti bersasar di kawasan-kawasan yang didapati berisiko tinggi berdasarkan hotspot yang telah diramalkan bagi memudahkan usaha penjejakan kes Covid-19. Ini membuktikan bahawa keberkesanan strategi pengujian untuk Covid-19 dalam beberapa situasi epidemiologi, termasuk pengujian seluruh populasi umum, serta pengujian terhadap individu seperti yang telah dipinta oleh kerajaan negeri Selangor dalam langkah penambahbaikan strateginya.

 

TRACK (T):

Aplikasi Selangkah bertujuan untuk mempermudahkan semua pihak untuk menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) Kerajaan Malaysia, yang melibatkan protokol untuk mengekalkan log pelawat di premis perniagaan. Sistem ini adalah penting untuk diadaptasi oleh pemilik perniagaan bagi membantu inisiatif penjejakan kontak di seluruh negara. Selangkah adalah sistem pendaftaran kemasukan automatik berasaskan kod QR di premis perniagaan. Setelah mendaftar, setiap premis perniagaan akan menerima kod QR khusus, dan pelanggan disarankan untuk mengimbas kod tersebut menggunakan telefon pintar mereka dan mengisikan perincian peribadi (nama dan nombor telefon) ke Selangkah.

 

ISOLATE (I):

Home Monitoring di dalam Aplikasi Selangkah mengurangkan bebanan hospital kerajaan bagi mengasingkan dan mengkuarantin pesakit Covid-19 bagi kategori 1 dan kategori 2. Fungsi ini memudahkan para petugas kesihatan, khususnya para doktor untuk memantau pesakit selama 10 hingga 14 hari dikuarantin. Melalui fungsi ini, pakar kesihatan boleh membuat keputusan samaada pesakit perlu meneruskan kuarantin di rumah, menamatkan kuarantin ataupun dihantar ke hospital berdasarkan kemaskini kesihatan yang dilakukan 2 kali setiap hari.

 

SUPPORT (S):

Selangkah Wallet merupakan aplikasi yang memudahkan pihak kerajaan negeri Selangor untuk menyumbangkan duit bantuan kepada rakyatnya.  Dengan menggunakan aplikasi ini, sumbangan boleh dilakukan dengan lebih sistematik dan teratur. Para pengguna boleh juga melakukan transaksi melalui pengimbasan kod QR atau mengeluarkan duit ke dalam akaun masing-masing.

Selangkah BIZ menyediakan platform untuk para peniaga termasuklah mereka yang beroperasi di bazaar Ramadan menerima bayaran tanpa tunai dan tanpa sentuhan dari pelbagai jenis e-wallet seperti Tounch N Go, Grabpay dan Boost.

 

VACCINE (V):

ImuniSel bukan sahaja membolehkan pengguna untuk mendaftarkan diri untuk program vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi Selangkah, tetapi ia juga memudahkan individu yang tidak begitu mahir menggunakan telefon pintar ataupun mereka yang tidak mempunyai telefon pintar untuk mendaftarkan diri ke program vaksinasi.

Bagi individu yang memerlukan bantuan untuk mendaftarkan diri, sukarelawan juga boleh membantu proses pendaftaran ini. Setiap yang berjaya mendaftar, akan diberikan kad ImuniSel dimana ia mengandungi maklumat temujanji vaksinasi. Kemudian, data peribadi mereka yang telah berdaftar akan dihantar ke MySejahtera dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kempen ini adalah bagi menggalakkan kadar pendaftaran vaksinasi Covid-19 di Selangor.