Anda disahkan positif COVID-19 dan perlu melaporkan diri di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk pemeriksaan lanjut? Daftar dahulu menerusi di Selangkah App!
1. Muat turun aplikasi ini di app.selangkah.my.
2. Login menggunakan nombor telefon dan kata laluan “abcd1234“. Jika gagal, sila “Daftar Baharu”.
3. Kemudian, daftar masuk ke CAC seperti yang ditunjukkan di dalam video tutorial di bawah.
Selepas dinilai di CAC, anda sama ada akan dihantar ke hospital atau pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC), ataupun anda boleh jalani kuarantin di rumah.
Jika anda diberi kebenaran untuk kuarantin, anda masih perlu daftar masuk di Selangkah App, supaya tahap kesihatan anda boleh dipantau dari jauh.
Cara mendaftar untuk hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Selangkah App
Cara mendaftar di Selangkah App untuk menjalani Kuarantin Di Rumah
Cara mengemaskini simptom harian ketika menjalani kuarantin di rumah
Untuk kuarantin di rumah yang selamat dan efektif, sila ikuti panduan praktikal yang berikut:

Cara menyediakan bilik pengasingan diri untuk pesakit

Cara membasuh pakaian dan linen

Cara mengendalikan bahan buangan
