SARINGAN FAQ

Adakah Saringan Komuniti percuma?

Ya, betul. Ia merupakan salah sebuah inisiatif oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyekat penyebaran Covid-19 ke komuniti.

Apakah jenis ujian saringan Covid-19 yang digunakan di program Saringan Komuniti?

Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen

Bagaimana nak daftar untuk sertai Saringan Komuniti?

Muat turun aplikasi Selangkah di app.selangkah.my. Di skrin utama, tekan butang Sihat dan kemudian, pilih Pendaftaran Saringan. Ikuti langkah seterusnya.

Saya lupa nama pengguna (username) untuk akaun Saringan saya. Bagaimana nak dapatkannya semula?

Hantarkan mesej menerusi saluran Telegram Selangkah (klik @Selangkah_my) dengan nama penuh, nombor IC serta tarikh dan lokasi program Saringan yang anda telah sertai. Secara alternatif, hantarkan emel dengan butiran yang sama ke [email protected].

Bolehkah saya daftarkan untuk tanggungan saya?

Ya. Sila ikuti arahan mudah ini:

  1. Daftarkan diri sendiri menerusi aplikasi Selangkah (untuk pengguna Android) / di screening.selangkah.my (iOS)
  2. Di program Saringan nanti, bawakan saja tanggungan ke kaunter pendaftaran; kami akan membantu dengan pendaftarannya.
Apa yang perlu saya bawa ke program saringan?

Kad pengenalan, passport atau apa jua kad pengenalan (contoh: pass pekerja), dan telefon pintar (tidak diwajibkan).

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil bagi proses saringan ini?

Jika anda telah pra-daftar, lebih kurang 15 minit saja. Jika anda hadir dan mendaftar di lokasi program saringan, selalunya ia akan memakan masa 30 minit.

Bagaimana caranya untuk semak keputusan ujian saringan saya?

Di skrin utama aplikasi Selangkah, tekan butang Sihat dan pilih Pendaftaran Saringan. Keputusan akan dipaparkan sebaik sahaja ia didaftarkan ke dalam sistem.

Nota: Jika keputusan anda masih belum ada dalam masa 24 jam, hantarkan mesej Telegram ke @Selangkah _my dengan nama penuh, nombor IC dan tarikh dan lokasi program saringan anda. Secara alternatif, hantarkan emel ke [email protected] dengan butiran yang sama.

Bilakah boleh saya dapatkan keputusan saringan saya?

Ia boleh disemak dalam jangka masa 24 jam bermula dari waktu program saringan yang anda sertai itu tamat.

Apa perlu saya buat jika saya didapati positif Covid-19?

Jika anda didapati positif Covid-19, mohon jangan panik. Terus kuarantinkan diri dan tunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di kawasan anda. Anda boleh hubungi PKD terus, rujuk kepada pautan ini.

Jika berlaku kecemasan, hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC): 03-8881 0200 / 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Bolehkah keputusan ujian saringan yang saya terima melalui Selangkah digunakan untuk pelepasan penerbangan?

Ya, boleh.

Bagaimana nak dapatkan keputusan ujian saringan saya dalam format PDF?

Ia boleh dimuat turun terus daripada halaman keputusan ujian di portal Saringan.

Secara alternatif, sila hantarkan mesej Telegram ke @Selangkah_my atau emel ke [email protected] dan sertakan butiran berikut sebagai pengesahan: nama penuh, nombor IC penuh, nombor telefon dan alamat rumah anda yang didaftarkan di dalam portal Selangkah, serta lokasi dan tarikh program saringan yang anda sertai.

Saya tinggal di Gombak tetapi saya bekerja di Klang. Bolehkah saya sertai program saringan yang diadakan di Klang?

Keutamaan diberikan kepada penduduk kawasan yang menjadi sasaran untuk program saringan. Menurut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), apabila PKP 3.0 sedang berlangsung, aktiviti merentas daerah atau negeri tidak dibenarkan.

Bilakah akan ada saringan komuniti di kawasan saya?

Lokasi bagi Saringan Komuniti Selangor dipilih berdasarkan perbincangan saintifik yang dibuat oleh Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) secara teliti. Kawasan yang mempunyai jumlah kes aktif yang tinggi dan berkemungkinan akan mengalami penyebaran wabak dalam komuniti diutamakan supaya ia boleh dibantutkan.

 

Buat masa ini, kawasan anda mungkin tidak tersenarai, tetapi anda patut pra-daftar supaya anda boleh menerima sebarang maklumat terbaru.

Bolehkah saya memohon untuk membuat saringan tertutup di rumah orang tua/rumah anak yatim yang saya uruskan?

Sila hubungi Selangor Task Force Operations di +60 17-255 2843 untuk pertanyaan lanjut.