APLIKASI SELANGKAH FAQ

Daripada mana boleh saya muat turun Selangkah App?
Sila layari app.selangkah.my. Pilih sistem operasi telefon pintar anda, dan anda akan disambungkan ke stor aplikasi yang berkenaan.
Telefon pintar saya tidak serasi dengan aplikasi Selangkah.
Anda boleh gunakan Aplikasi Web Progresif (PWA) kami. Tidak perlu muat turun sebarang aplikasi. Sebaliknya, gunakan pelayar web (web browser) di dalam telefon anda untuk layari app.selangkah.my/pwa.
Apakah perbezaan Selangkah App dari segi mendaftar masuk ke sesebuah premis?

Dengan Selangkah App, anda boleh mengimbas kod QR MySejahtera ataupun mendaftar masuk dengan menggunakan fungsi GPS di dalam telefon pintar anda. Akhirnya data anda akan kami hantarkan ke pelayan MySejahtera, jadi daftar masuk anda sah.

Apa perlu saya buat jika polis minta tunjukkan resit daftar masuk tetapi ia bukannya di dalam aplikasi MySejahtera?

Apabila anda imbas kod MySejahtera dengan menggunakan aplikasi Selangkah, buktinya akan ditunjukkan menerusi fungsi Sejarah Daftar. Jika sesiapa meminta anda tunjukkannya, tekan butang Sejarah di muka hadapan aplikasi ini. 

Bolehkah saya daftar masuk untuk tanggungan saya dengan Selangkah App?
Boleh, dengan fungsi baharu kami, Bubble. Ketahui lebih lanjut mengenai Bubble menerusi pautan berikut:

https://selangkah.my/?p=11391

Apakah kegunaan fungsi Bubble?
‘Bubble’ ialah sebuah terma yang sering digunakan pada musim pandemik ini untuk merujuk kepada sekumpulan individu yang kerap berinteraksi antara satu sama lain. Diamalkan di negara-negara seperti New Zealand, Bubble membantu mencegah peningkatan kes Covid-19 sambil membenarkan kehidupan sosial masyarakat serta ekonomi negara untuk diteruskan.

Di aplikasi Selangkah, fungsi baharu Bubble membolehkan anda untuk cipta kumpulan (dipanggil Bubble) dan tambahkan ahli. Contoh Bubble ialah Keluarga, Rakan Baik dan Rakan Sekerja.

Sebagai contoh, Selena mempunyai sebuah Bubble (dinamakan Yoga Ladies) yang merangkumi rakan-rakan akrab yang menghadiri kelas yoga tiga kali seminggu dengannya. Selena juga ada sebuah lagi Bubble (dinamakan Working Gurls), yang melibatkan empat orang rakan sekerja yang paling rapat dengannya; dan mereka sering keluar makan tengah hari bersama.

Inilah cara menggunakan fungsi Bubble: Pada suatu hari, Selena ingin menjamu selera di sebuah restoran bersama rakan-rakan Working Gurls. Dengan menggunakan fungsi Bubble, Selena seorang boleh ‘wakilkan’ rakan-rakannya dan daftarkan masuk mereka semua secara berkumpulan.

Ketahui lebih lanjut mengenai kelebihan Bubble di sini:

https://selangkah.my/?p=11391

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Selangkah App dari segi kesihatan?

Butang Sihat/Health di skrin utama aplikasi ini ialah akses kepada kesemua perkhidmatan Selangkah yang berkenaan dengan kesihatan. Dengan Selangkah App, anda akan boleh daftar untuk

  • Saringan Covid-19
  • Kehadiran di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)
  • Kemaskini Kuarantin Di Rumah
Bagaimanakan Peta Ramalan AfMAP berfungsi?
AfMAP Selangkah menggunakan kombinasi teknologi terbaik termasuklah Artificial Intellligent (AI), Machine Learning, Geospatial Intelligence dan alat analitik untuk mengukur risiko terhadap pededahan kepada kluster yang terjejas, disamping meramalkan penyebaran wabak di kalangan komuniti.

Ini yang anda perlu tahu tentang Peta Ramalan Infeksi:

  1. Kawasan yang ditanda merupakan kawasan yang telah didapati berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19. Ini berdasarkan kes-kes terdahulu, kepadatan penduduk dan kadar penyebaran, corak pergerakan orang awam dan banyak lagi.
  2. Kawasan yang ditanda TIDAK menunjukkan secara spesifik premis yang terjejas. Tetapi ia menandakan kawasan yang berisiko tinggi, seperti diterangkan pada butiran (1).
  3. Kod warna pula menunjukkan tahap risiko dan kebarangkalian kejadian kluster baru disesuatu kawasan.
  4. Taburan risiko di sesuatu kawasan adalah dinamik dan dibina berdasarkan Inherent Risk of Contagion Modelling.

Ketahui lebih lanjut mengenai AfMAP menerusi pautan ini:

https://selangkah.my/?p=11418

Bolehkah saya daftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi Selangkah App?
Boleh. Buat masa ini, kami hanya menawarkan perkhidmatan pendaftaran bagi majikan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka untuk program Vaksinasi Covid-19 Selgate menerusi Selangkah Vax.
Butang berlabel Vax (Industri) di skrin utama aplikasi Selangkah akan membawa anda ke laman web rasmi Selangkah Vax di mana anda boleh daftarkan minat.

Kami sedang berusaha untuk membuka pendaftaran bagi peruntukan vaksin untuk individu. Tunggu ya!

https://vax.selangkah.my/