Select Page

Setelah setahun dibelenggu pandemik, kita telah mempelajari beberapa faktor bagaimana Covid-19 boleh tersebar di Malaysia.

Setiap kluster adalah berbeza. Bayangkan 10 kes yang berlaku di bangunan kondominium berbanding 10 kes yang berlaku di satu kawasan kejiranan – kedua-dua situasi ini memberikan impak yang berbeza.

Kita pernah mendengar tentang prinsip: Tempat yang sesak, pasti pengudaraannya teruk. Walaubagaimanapun prinsip ini sukar digunapakai jika ia tidak boleh dilihat secara visual.

Disebabkan tempat sesak inilah, kini Selangkah boleh memperkenalkan peta yang mudah digunakan.

AfMAP dari Selangkah menggunakan kombinasi teknologi terbaik termasuklah Artificiall Intellligent (AI), Machine Learning, Geospatial Intelligence dan alat analitik untuk mengukur risiko terhadap pededahan kepada kluster yang terjejas, disamping meramalkan penyebaran wabak di kalangan komuniti.

 

Ini yang anda perlu tahu tentang Peta Ramalan Infeksi:   

1. Kawasan yang ditanda merupakan kawasan yang telah didapati berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19. Ini berdasarkan kes-kes terdahulu, kepadatan penduduk dan kadar penyebaran, corak pergerakan orang awam dan banyak lagi.

2. Kawasan yang ditanda TIDAK menunjukkan secara spesifik premis yang terjejas. Tetapi ia menandakan kawasan yang berisiko tinggi, seperti diterangkan pada butiran (1).

3. Kod warna pula menunjukkan tahap risiko dan kebarangkalian kejadian kluster baru disesuatu kawasan.

4. Taburan risiko di sesuatu kawasan adalah dinamik dan dibina berdasarkan Inherent Risk of Contagion Modelling. Ketahui lebih lanjut mengenai terbitan saintifik kami di www.selangkah.my.

 

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko Covid-19?

1. Sesebuah ramalan boleh menjadi kenyataan, begitu juga sebaliknya jika kita bertindak dengan lebih bijak. Ambillah falsafah sediakan payung sebelum hujan. Di dalam kes ini – pakai pelitup muka, kerap membasuh tangan, lakukan penjarakan sosial dan elakkan berada di tempat-tempat sesak.

2. Jika anda berada dikawasan yang berisiko tinggi dan anda atau ahli keluarga mengalami sebarang simptom, teruslah lakukan saringan. Anda boleh dapatkan maklumat lokasi saringan melalui fungsi Sihat di dalam aplikasi Selangkah.

3. Jika anda hanya melalui kawasan yang berisiko tinggi, kebarangkalian untuk anda mendapat jangkitan adalah rendah asalkan anda telah mematuhi segala SOP yang telah digariskan.

4. Mengamalkan kebersihan kendiri, sokongan komuniti dan sikap berwaspada boleh membantu mengurangkan risiko di sesuatu kawasan dengan lebih baik. Saling menasihati sesama sendiri, mencari penduduk yang memerlukan PPE, menghantar bekalan atau mengambil tahu keadaan jiran yang sedang menjalani kuarantin dirumah melalui khidmat pesanan ringkas atau panggilan telefon.

5. Jika anda merupakan ketua komuniti, ambil tahu tentang keadaan ahli komuniti. Data-data terdahulu menunjukkan sikap kewaspadaan yang tinggi dan sistem sokongan yang baik dikalangan ahli komuniti berkesan mencegah pembentukan kluster baru.