SELANGOR SARING ialah sebuah program saringan kesihatan anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser serta penyakit mata, telinga dan gigi terpilih dalam kalangan warga Selangor.

Daftar melalui APLIKASI SELANGKAH!

Tutorial Cara Mendaftar Program Selangor Saring 2023

Secara alternatifnya, daftar melalui laman web (SELANGOR SARING)!


Peringatan Penting!

  1. SLOT ADALAH TERHAD! Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan saringan awal ketika proses pendaftaran mereka.
  2. Sila harap maklum bahawa anda mungkin tidak layak untuk menjalani saringan kesihatan tertentu jika anda telah mengambil bahagian dalam program Selangor Saring pada tahun sebelum ini, bergantung kepada keputusan saringan anda.
  3. Jika proses pengesahan identiti anda gagal, anda boleh menjalani pengesahan secara manual dengan membawa MyKad anda ke kaunter pendaftaran pada hari saringan.
  4. Ambil ‘screenshot’ kod bar yang diberi siap-siap sebelum hadir ke lokasi program.
  5. Pengguna Android diminta mengemaskini aplikasi Selangkah mereka di Google Play Store demi pengalaman pengguna dan perkhidmatan yang lebih lancar.

Jadual Tarikh & Lokasi Program Fasa 2

♦️ 21 MAY 2023 (Ahad)
DUN Paya Jaras — Dewan MBSA Paya Jaras, Sungai Buloh

♦️ 27 MAY 2023 (Sabtu)
DUN Permatang — Dewan Sg Gulang Gulang, Tanjung Karang

♦️ 28 MAY 2023 (Ahad)
DUN Hulu Bernam — Pejabat ADUN Hulu Bernam, Kg Titiwangsa, Kalumpang

♦️ 3 JUNE 2023 (Sabtu)
DUN Sungai Tua — Dewan Seri Siantan, Selayang

♦️ 4 JUNE 2023 (Ahad)
DUN Dusun Tua — Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat Batu 14, Hulu Langat

♦️ 10 JUNE 2023 (Sabtu)
DUN Sungai Pelek – Dewan Komuniti Pantai Sepang Putra

♦️ 11 JUNE 2023 (Ahad)
DUN Morib – Dewan Kompleks Sukan MPKL Banting

♦️ 11 JUNE 2023 (Ahad)
Shah Alam – Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7

♦️ 18 JUNE 2023 (Ahad)
DUN Sungai Kandis – Dewan Orang Ramai MBSA Kampung Bukit Naga, Shah Alam

♦️ 18 JUNE 2023 (Ahad)
DUN Batu Tiga – Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam

♦️ 7 JULY 2023 (Jumaat)
Tapak Pasar Malam Bandar Baru Bangi

♦️ 16 JULY 2023 (Ahad)
Dewan Komuniti Blok 12, Rumah Pangsa Taman Subang Perdana (Waktu Program: 8pg – 1ptg)

♦️ 23 JULAI 2023 (Ahad)
DUN Banting — SJK (C) Jenjarom

Tarikh kemaskini: 20 July 2023

NOTA: Jadual program akan dikemaskini dari masa ke masa. Sila sentiasa semak ruangan ini untuk info terkini.


Kumpulan Sasaran

Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan. 


Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Ujian Fizikal
Ujian Darah
Ujian Air Kencing
Saringan Mata
Swab Serviks
Ujian iFOBT
Mammogram
Ujian Prostat
Pemeriksaan Telinga
Pemeriksaan Gigi
Fisioterapi


Penyakit Yang Disaring

Kategori A: Penyakit tidak berjangkit
1. Jantung
2. Darah tinggi
3. Kencing manis
4. Buah pinggang

Kategori B: Kanser
1. Kolorektal
2. Prostat
3. Serviks
4. Payudara

Kategori C: Mata
1. Rabun
2. Glaucoma
3. Retina

Kategori D: Saringan Tambahan
1. Gigi
2. Telinga
3. Fisioterapi


Soalan Lazim

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon program SELANGOR SARING?
Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi SELANGKAH sahaja.

Q: Mengapa program SELANGOR SARING diwujudkan?
A: Program SELANGOR SARING diwujudkan bagi menyediakan kaedah dan saluran saringan tahap kesihatan yang sistematik bagi warga Selangor.

Q: Bagaimana pemohon yang sudah memohon hendak mengetahui status permohonan SELANGOR SARING?
Setiap pemohon yang mendaftar akan menerima baucar saringan mengikut kelayakan berdasarkan soalan semasa pendaftaran.

Q: Program SELANGOR SARING percuma atau berbayar?
Program SELANGOR SARING adalah percuma mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Q: Bagaimanakah saya ingin mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Setiap orang hendaklah mendaftar di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING. Kupon akan  diberikan di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Berapakah kupon SELANGOR SARING yang akan diberikan bagi setiap kawasan?
Jumlah kupon SELANGOR SARING yang diberikan bergantung kepada kawasan yang dipilih bermula dari 500 kupon sehingga 1000 kupon setiap kawasan.

Q: Mengapa saya perlu menjawab soalan penilaian risiko semasa mendaftar untuk mendapatkan kupon SELANGOR SARING?
Untuk menentukan pemohon layak mendapat jenis saringan pada program SELANGOR SARING. Setiap pemohon akan mendapat kupon saringan yang tersendiri mengikut penilaian risiko yang dijawab.

Q: Bagaimana peserta ingin mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING?
Peserta oleh mendapatkan keputusan ujian saringan SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH di bahagian SELANGOR SARING.

Q: Bilakah keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia?
Keputusan ujian saringan SELANGOR SARING peserta akan tersedia selepas 5 hingga 7 hari selepas tamat program SELANGOR SARING.

Q: Dokumen apakah yang perlu peserta bawa semasa hari program SELANGOR SARING?
Peserta perlu membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan dan juga rekod kupon SELANGOR SARING di dalam aplikasi SELANGKAH.

Q: Adakah program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja?
Program SELANGOR SARING hanya melibatkan warganegara sahaja.

Q: Bolehkah peserta pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang berbeza daripada yang didaftarkan?
Peserta hanya dibenarkan pergi ke lokasi program SELANGOR SARING yang didaftarkan sahaja. Mereka tidak sama sekali dibenarkan pergi ke tempat yang berlainan dari yang didaftarkan. Jika mereka ingin menukar ke tarikh atau lokasi yang lain, mereka boleh tekan pautan “Tukar Sesi/Tarikh Program” di halaman yang sama.

Q: Mengapa saya tidak boleh pilih lokasi program yang berdekatan dengan kediaman saya?
DUN pilihan anda tidak menyediakan saringan yang anda layak jalani. Sistem kami hanya akan menyenaraikan lokasi DUN yang menyediakan saringan tersebut.

Q: Siapakah yang layak untuk menyertai program SELANGOR SARING?
Program ini terbuka kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang terdiri daripada semua lapisan umur, mempunyai faktor-faktor risiko penyakit sasaran (seperti sejarah keluarga, obesiti, gaya hidup dan lain-lain) serta yang masih belum mendapatkan sebarang diagnosis daripada mana-mana fasiliti kesihatan.

Q: Adakah saya akan menjalani kesemua ujian saringan bagi penyakit yang dinyatakan?
Kelayakan individu menjalani ujian saringan bagi penyakit dinyatakan adalah ditentukan berdasarkan penilaian faktor risiko melalui borang saringan awal yang telah diisi oleh pengguna. Sekiranya anda dinilai mempunyai faktor risiko bagi penyakit dinyatakan, anda akan menerima tawaran ujian saringan bagi penyakit tersebut.

Q: Adakah peserta yang telah menjalani ujian saringan pada tahun 2022 layak untuk menjalani saringan yang sama pada tahun 2023?
Bagi peserta tahun 2022 yang ingin menyertai program 2023, ujian saringan yang mereka boleh ulangi ialah ujian darah, ujian air kencing dan pemeriksaan fizikal. Sementara itu, sesetengah peserta tahun 2022 yang layak sahaja yang boleh menjalani saringan kanser di program Selangor Saring 2023.


Ada sebarang pertanyaan?

Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran program boleh diajukan ke:

♦️ Talian Hotline Selcare: 1-800-22-6600
♦️ Talian Khidmat Teknikal Pelanggan Selangkah: Telegram
♦️ Talian Hotline SUKA

#SaringAwalCegahAwal