Selangkah merupakan alat komprehensif yang menerajui penjejakan kontak di Malaysia, dan telah berkembang secara konsisten dengan respons masyarakat terhadap pandemik Covid-19.

Ia diperkenalkan pada Mei 2020 sebagai penyelesaian kerajaan Selangor dalam menangani penularan Covid-19 dalam negeri dengan menggunakan sains data dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Sebagai pelopor sistem penjejakan kontak di Malaysia, Selangkah dengan jayanya membantu kerajaan mengawal dan mencegah penularan wabak di Selangor dengan mengenal pasti golongan yang berisiko untuk dijangkiti.

Pasukan penyelidik di sebalik teknologi ini, Artificial Intelligence in Medical Epidemiology (AIME) Sdn Bhd, menyedari bahawa selain nyawa manusia, mata pencarian mereka juga perlu diselamatkan. Dengan bantuan Selangkah, pedagang mampu membangunkan semula perniagaan mereka dan beroperasi dengan selamat Ketika pandemik ini.

AIME bertekad untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan menjangkau penjejakan kontak. Ia ingin berkembang menjadi sebuah ekosistem lengkap demi menghapuskan ancaman Covid-19 sambil memperbaiki kehidupan penggunanya.

Untuk berbuat demikian, AIME bekerjasama dengan SELGATE Corporations, anak syarikat bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menubuhkan Selangkah Ventures Sdn Bhd (SVSB).

Dengan tagline “Senang Buat Semua”, SVSB melancarkan aplikasi mudah alih yang dilengkapi dengan ciri kesihatan dan komersial yang bertujuan untuk membantu pengguna meneruskan kehidupan di kala pandemik.

Dengan banyak lagi perancangan untuk berkembang, jenama Selangkah ini berusaha bagi memperkenalkan lebih banyak penyelesaian digital dan secara tidak langsung membantu membina persekitaran yang selamat untuk semua.