
SELANGKAH mula beroperasi sebagai sebuah sistem pendaftaran kod QR bebas platform bagi tujuan penjejakan kontak. Pengguna boleh mengimbas kod QR Selangkah dengan menggunakan aplikasi pengimbas biasa mahupun kamera telefon pintar mereka.
Kini, ia telah melalui evolusi untuk menjadi sebuah alat yang menawarkan jauh lebih banyak manfaat daripada penjejakan kontak.
Bagi aplikasi mudah alih Selangkah yang dilancarkan pada Februari tahun ini, pengimbas kami telah dinaik taraf untuk memuatkan sistem Imbasan Dwi-Sistem (Dual System Scanning – atau Dual Scan, secara ringkasnya). Istimewanya, ia boleh mengimbas kedua-dua kod QR Selangkah dan MySejahtera.
Memandangkan Selangkah sudah mencapai umur setahun, memang sesuailah jika ia dinaik taraf lagi untuk menjadi ‘Multi-Scanner’ dengan kegunaan berikut:
1. Imbas kod QR MySejahtera
Daftar masuk ke premis dengan mengimbas kod QR MySejahtera menerusi aplikasi Selangkah. Resit imbasan yang sah akan dijana dan dipaparkan.
2. Imbas Selangkah ID untuk fungsi Bubble
Mengimbas Selangkah ID pengguna lain ialah salah satu cara untuk menambahkan pengguna berkenaan ke dalam sebuah kumpulan Bubble.
Ketahui lebih lanjut mengenai fungsi Bubble di sini.
3. Imbas kod QR di Kad ImuniSel
Program bantuan Selangor, ImuniSel, memudahkan warga emas dan golongan tanpa telefon pintar untuk mendaftar vaksin. Anda boleh tolong mereka semak maklumat janji temu dengan mengimbas kod QR yang ada pada Kad ImuniSel mereka.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai program ImuniSel.